|
Empayar Global AS : Bhgn 2 |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
FRIDAY, 21 NOVEMBER 2008 05:15 |
Project For New American Century (PNAC) : Misi Membentuk Empayar Global PNAC merupakan satu master plan yang disediakan oleh kumpulan neoconservative AS yang banyak mempengaruhi dasar luar AS. Kumpulan neoconservative ini merupakan “think tank” yang bekerja dibelakang presiden AS dengan mengemukakan cadangan-cadangan drastik yang perlu dipertimbangkan. Ia dianggotai oleh beberapa nama utama seperti Willian Kristol, Robert Kegan, Bruce P. Jackson dan beberapa nama besar yang lain. Matlamat utama PNAC adalah untuk menjayakan matlamat pemerintahan global AS dengan menjadikan dunia ini sebagai sebuah empayar global dengan satu pemerintahan. Mereka percaya bahawa pemerintahan AS bukan sahaja baik untuk AS tetapi juga baik untuk seluruh ummat dunia. Desakkan utama PNAC ialah satu revolusi ketenteraan perlu diadakan sebagai perkara utama di dalam dasr luar AS. Pada September 2000 PNAC mengeluarkan laporan setebal 90 muka surat bertajuk Rebuilding America’s Defense : Strategy, Forces dan Resources For a New Century.(Membina Semula Petahanan Amerika : Strategi, Kekuatan dan Sumber Untuk Abad Baru Amerika) |
|
Baca lagi...
|
|
KESEPADUAN ILMU PEMANGKIN KECEMERLANGAN AKADEMIK |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
FRIDAY, 17 APRIL 2009 08:08 |
|
Siding ikhwah fillah, Abu Hassan Ali An-Nadwi pernah menyebut; "sekiranya dunia islam hari ini ingin mengembalikan kegemilangan masa silam, kepimpinan terbilang dan pemerintahan adil dijulang sekaligus membuktikan kebenaran dan kebesaran janji Ar-Rahman, sesungguhnya ia menuntut kehadiran dan mewujudan kepimpinan berilmu dan berwawasan…" |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( FRIDAY, 17 APRIL 2009 08:12 )
|
|
Baca lagi...
|
|
mohon maaf....web ada masalah teknikal |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 10 Mei 2009 21:41 |
|
SALAM......kepada semua pengunjung web ini. Di sebabkan masalah teknikal yang dihadapi dan ada pihak yang tersilap masukkan virus dalam web ini. jadi agenda untuk meneruskan kerja ini tak dapat dijalankan. Dan web mengalami beberapa masalah teknikal maaf....... mungkin akan memakan masa sebulan.harap maklum..... |
|
SELAMAT MEMBACA...ITQAN TERBARU |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 10 Mei 2009 21:34 |
|
Salam kepada semua sahabat yang budiman sekalian......... Dimadyqi.com mengucapakan selamat menjalanai imtiham. semoga kita semua termaduk dalam golongan orang berjaya di dunia dan akhirat.amin...... untuk pengetahuan semua penjunjung web ini, majalah rasmi PPMS yang masyhur itu itqan, dah keluar. jadi ana mempelawa kepada ahli yang berminat kepada bahan bacaan supaya membelinya. dan dalam masa yang sama memghilangkan rasa boring takala membaca. selamat membaca........ |
|
Mahasiswa Syria dan Penulisan |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 10 Mei 2009 21:26 |
|
Firman Allah Taala: (Al-Qalam:1)”Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.”Wahai sahabat dan sahabiahku yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran. Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MET PPMS kerana meng”kurnia”kan jawatan ketua editor itqan dan memberikan kepercayaan untuk memikul anamah ini. Moga ia menjadi salah satu sebab ana dan team itqan yang lain untuk layak masuk ke syurgaNya dan meneguk air di telaga Al-Khausar kekasihNya. insyaAllah..... |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 10 Mei 2009 21:32 )
|
|
Baca lagi...
|
|
KESEPADUAN ILMU PEMANGKIN KECEMERLANGAN AKADEMIK |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
FRIDAY, 17 APRIL 2009 08:16 |
|
Sidang ikhwah fillah, Abu Hassan Ali An-Nadwi pernah menyebut; "sekiranya dunia islam hari ini ingin mengembalikan kegemilangan masa silam, kepimpinan terbilang dan pemerintahan adil dijulang sekaligus membuktikan kebenaran dan kebesaran janji Ar-Rahman, sesungguhnya ia menuntut kehadiran dan mewujudan kepimpinan berilmu dan berwawasan…" Ternyata harapan dan impian nan melangit tinggi bagi seisi buana menyaksikan gemilang islam kembali terserlah melebarkan sayap nur lalu menenggelamkan zulumat jahiliyah daripada singgahsana keunggulan. |
|
Baca lagi...
|
|
Umat Islam Kini - Satu Pengamatan |
|
|
|
|
Ditulis oleh potpOurRi
|
|
SUNDAY, 22 MARCH 2009 11:38 |
|
Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berj i had menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar. Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri. Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam. Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.” |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 22 MARCH 2009 12:03 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 08 MARCH 2009 08:54 |
|
Sangatlah menghairankan apabila para pelajar ilmu syariah (kebanyakan pelajar yang baru masuk dalam bidang ini) tergesa-gesa memberikan fatwa dalam pelbagai persoalan yang sangat pelik dan masalah yang sangat penting, mendahului para ulama besar, bahkan berani menentang para imam mazhab besar, para sahabat yang mulia, dengan menyombongkan diri seraya mengatakan, "Mereka orang lelaki, dan kami pun orang lelaki." Pertama-tama yang diperlukan oleh seseorang yang hendak memberikan fatwa ialah mengukur kemampuan dirinya sendiri, kemudian memahami berbagai tujuan syari'ah, memahami hakikat dan kenyataan hidup. Akan tetapi, sangat disayangkan bahawa mereka ini tertutup oleh penghalang yang sangat besar, iaitu ketertipuan dengan diri mereka sendiri. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah SWT. (Dr. Yusuf al-Qardhawi, Fi Fiqh al-Awlawiyyat) |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 08 MARCH 2009 08:59 )
|
|
“SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-1439 BUATMU KEKASIH ALLAH” |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 08 MARCH 2009 08:30 |
|
Maha suci AlLah! Selawat dan salam kepada Rasul Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat yang begitu menjunjung tinggi perjuangan bersama Nabi saw. Kini, sekali lagi kita sebagai ummat Muhammad S.A.W melewati peristiwa kelahiran Baginda Rasul S.A.W bersama agama Islam yang dibawa di Mekah dan Madinah 1430 tahun yang lalu. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan qudwah kepada ummat di sepanjang zaman sampailah ke hari qiamat. Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul pada peristiwa turunnya wahyu pertama di gua Hira` iaitu 13 tahun sebelum hijrah atau sekitar 610 M. Ini bermakna sudah 600 tahun lebih ummat manusia dan penduduk Tanah Arab ketika itu terpisah dari ajaran samawi yang dibawa oleh Nabi Isa as.
|
|
Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 08 MARCH 2009 08:51 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Pandangan Muraqib al-Am Ikhwan Muslimin Jordan |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
THURSDAY, 05 MARCH 2009 11:43 |
|
Ehsan dari : Ust Imran Selamat (Penasihat 1 PERMAYA) 
Dalam kunjungan ke Jordan baru-baru ini wakil Harakah, Imran al-Malizi sempat menziarahi Syeikh Dr.Hammam Said di ibu pejabat pergerakan al-Ikhwan al-Muslimin di ibu negara Amman. Ikuti temuramah yang dapat dirakamkan dalam pertemuan tersebut pada hari Sabtu, 7hb Feb 2009 iaitu sehari selepas kejatuhan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan. Harakah: Asssalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Syeikh Dr. Hammam Said: Wa’alaikumus-Salam wa rahmatullahi wa barakatuh. Sebelum ini tuan lebih dikenali dalam lapangan bidang akademik khususnya dalam bidang ilmu-ilmu hadis. Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan semasa menuntut ilmu? Segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Perjalanan hidup saya dalam menuntut ilmu bermula di rumah, di mana ayah saya merupakan salah seorang ulama hadis. Saya terdedah dengan perpustakaan yang secara khususnya mengandungi kitab-kitab hadis semasa usia yang sangat muda. Lebih kurang usia 10 tahun, saya sudah membaca kitab-kitab besar yang berkaitan dengan ilmu hadis, kesusasteraan, bahasa Arab seperti karangan al-Mutanabbi dan lain-lain. Begitu juga buku-buku yang berkaitan dengan biodata para perawi hadis, juga karangan Ibnu Hajar dan lain-lain. Perkembangan awal ini semua membantu pengajian saya di peringkat universiti. Saya menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Sudah diketahui umum, pengajian syariah di universiti tersebut sangat sukar, yang lulus hanya sekitar 5-6 orang sahaja. Malah kadang kala hanya 3 orang. Antara guru-guru yang mendidik saya ialah Syeikh Mustafa Siba’ie, Dr. Mustafa Zarqa dan ramai lagi ulama yang besar. Kemudian setelah bekerja hampir 5 tahun, saya ke Universiti al-Azhar dan mempelajari ilmu hadis dalam kuliah Usuluddin. Saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat M.A dan Phd dengan pangkat pertama. Dengan kurnia dari Allah, tesis yang saya hasilkan sangat jarang dilakukan iaitu mengenai illal hadis merupakan yang pertama pernah ditulis seumpamanya. Tesis tersebut berbeza dengan yang lain. Kemudian hasil kajian saya itu tersebar dan menjadi subjek yang diajarkan di universiti-universiti, bermula dengan Universiti Jordan di fakulti syariah. Kajian saya itu dianggap sebagai syarah kepada kitab al-‘Ilal karangan Imam al-Tirmizi. Ianya kemudian diajarkan dalam dunia Islam di peringkat pengajian tinggi. Alhamdulillah. Saya juga aktif dalam bidang keilmuan dan selama 25 tahun, saya telah menulis dalam pelbagai displin ilmu. Di antara ialah himpunan hadis-hadis berkenaan fitnah akhir zaman, hukum-hakam kewangan, kesempurnaan Nabi, jihad dan lain-lain. Semua ini sedang dalam proses untuk cetakan. InsyaAllah. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( FRIDAY, 06 MARCH 2009 14:38 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
THURSDAY, 05 MARCH 2009 11:23 |
|

Kemenangan Islam Menurut Al Quran. Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain. " Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33) |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( THURSDAY, 05 MARCH 2009 11:28 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
THURSDAY, 05 MARCH 2009 11:04 |
|

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( THURSDAY, 05 MARCH 2009 11:22 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 28 DECEMBER 2008 12:26 |
|
Sejak 41 tahun, serangan jentera pembunuh Israel pada sabtu yang lalu dianggap paling berdarah. Membunuh seramai 230 orang, mencederakan 750 yang lain dan 200 daripada mereka mengalami cedera parah.
Lebih seratus jet pejuang jenis F16s buatan AS melakukan serangan secara serentak di sepanjang semenanjung Gaza dengan mengsasarkan masjid dan balai polis. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 28 DECEMBER 2008 13:14 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Hak umat Islam untuk menubuhkan sebuah parti politik (bhgn 2) |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SUNDAY, 28 DECEMBER 2008 12:05 |
|
Saya telah ditanya berkenaan penggunaan masjid untuk tujuan politik, beberapa tahun yang lalu. Antara jawapan yang saya berikan ialah: Penggunaan masjid untuk tujuan politik tidak boleh dihalang secara mutlak maupun dibenarkan secara mutlak. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( MONDAY, 29 DECEMBER 2008 13:33 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Hak umat Islam untuk menubuhkan sebuah parti politik (Bhg 1) |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
SATURDAY, 27 DECEMBER 2008 20:03 |
|
Diterjemah dari artikel asal tulisan Dr Yusof al Qaradhawi (min haqqi Islamiyyin an yakuna lahum hizbi siyasi) Dalam membincangkan isu agama dan politik: Apa yang cuba dibawa oleh beberapa organisasi pemerintahan dan cuba disemarakkan oleh penganut sekularisme serta diidamkan oleh mereka ialah : menghalang (kelompok pejuang Islam) daripada menubuhkan parti politik. Mereka mengharamkannya ke atas umat islam secara mutlak dengan berhujjahkan dalil-dalil yang lemah, pada realitinya hanyalah tipuhelah dan syubhat : |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( MONDAY, 29 DECEMBER 2008 13:23 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
MONDAY, 22 DECEMBER 2008 18:02 |
|

|
|
Kali Terakhir dikemaskini ( MONDAY, 22 DECEMBER 2008 18:10 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
THURSDAY, 11 DECEMBER 2008 00:07 |
|
Ekoran situasi terkini di Gaza, Hamas memberi amaran akan kemungkinan meletusnya intifadah ke-3. Setakat ini sudah dua intifadah Palestin dicatatkan. Intifadah pertama berlaku pada lewat tahun 1987. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( THURSDAY, 11 DECEMBER 2008 00:10 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Bantuan pertama memasuki Gaza |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
WEDNESDAY, 10 DECEMBER 2008 17:40 |
|
Sebuah kapal yang penuh dengan muatan perubatan, makanan bayi bersama dengan 11 ahli akademik antarabangsa, pejuang hak asasi manusia dan jurnalis akhirnya berjaya mencecah daratan bumi Gaza. Walaupun cuba dihalang oleh bot peronda Israel yang lengkap bersenjata, kumpulan ini menjadi delegasi bantuan pertama yang berjaya melepasi sekatan pihak keselamatan Israel. Beberapa percubaan sebelum ini daripada Qatar dan Libya menemui kegagalan setelah disekat pihak keselamat Israel. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( THURSDAY, 11 DECEMBER 2008 00:07 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Politik Basi Ketuanan Melayu |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
WEDNESDAY, 10 DECEMBER 2008 16:46 |
|
Antara isu yang menjadi bahan dalam kempen politik sebelum pengundian pada piliharaya ke 12 lalu ialah soal-soal yang berhubung dengan ketuanan Melayu. Tetapi ia bukanlah kali pertama isu-isu berhubung persoalan tersebut didengungkan kepada pengundi-pengundi Melayu. Malah bagi UMNO ia semacam hujah keramat yang menjadi alasan mengapa orang Melayu mesti memilih calon-calon mereka: memilih parti lain bermakna menggugat ketuanan Melayu dan sekaligus menggadaikan hidup mati mereka kepada sesuatu yang belum pasti. Bagi parti lain yang lebih islamik sifatnya, ketuanan Melayu adalah sempit dan chauvinistic. Bagi mereka konsep itu tidak selari dengan Islam. Bagi sesetengah yang lebih ekstrem, ketuanan Melayu adalah menifestasi pemikiran jahiliyyah. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( THURSDAY, 11 DECEMBER 2008 00:23 )
|
|
Baca lagi...
|
|
Ustaz memang begitu...(Bhg 1) |
|
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
WEDNESDAY, 10 DECEMBER 2008 16:35 |
|
Kita tahu siapa doktor, siapa jurutera,siapa guru, siapa peguam. Tapi siapakah ustaz?Ustaz (bagi akhawat dibaca dengan ustazah) terutama dalam masyarakat melayu tidak didefinisikan dengan jelas. Sepertimana jelasnya ahli mantiq mendefinisikan manusia yang jami’ dan mani’ sifatnya. Sekiranya disoal siapa Ustaz, jawapannya masih kabur. Tidak seperti profesion yang lain. Seseorang tidak akan diiktiraf sebagai doktor melainkan tamat menjalani “housemanship’. Seseorang tidak boleh menggelarkan diri sebagai peguam melainkan dia tamat tempoh “chambering”. Seorang akuantan hanya layak disebut akauntan setelah memperolehi AACA. Tetapi tidak kepada seorang ustaz. Sesiapa sahaja dengan mudah boleh diberi gelaran itu. |
|
Kali Terakhir dikemaskini ( WEDNESDAY, 10 DECEMBER 2008 16:40 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|